Thursday, September 21, 2017

SSC Sedia Untuk Disewa

Assalamualaikum wbt.
[Untuk Disewa]
Dah balik ke rumah dah cik epal & cik flower.
Boleh disewa bermula isnin minggu hadapan.
Wassap www.wasap.my/60192159927/sewassc untuk booking slot sewa.
Pengeposan ke seluruh Malaysia.
Pick up di Klinik Kesihatan Salak, Sepang dan Nilai
#sewassc
#sewababycarrier
#keepcalmandcarryANH

Wednesday, September 13, 2017

Kenapa "front facing" tidak digalakkan dalam "babywearing"

Seronokkan bila jalan dapat pandang hadapan. Rasa pandangan tu bebas meliar, menjelajah apa yang ada dihadapan.

Eh jap, memang lakan, mana ada orang jalan pandang ke belakang ye tak.

Ya begitula keadaan yang normal bagi orang dewasa. Namun apa yang sesuai buat orang dewasa, belum tentu sesuai buat bayi.

Ramai ibu bapa beranggapan bahawa bayi mereka lebih selesa dikendong apabila muka bayi menghadap hadapan.

Ya benar, pada posisi ini, bayi dapat melihat lebih luas dan banyak input yang mereka boleh serap masuk ke dalam minda mereka.

Namun, ada 1 posisi iaitu posisi front face carry tidak digalakkan atas beberapa sebab kesihatan dan boleh mengganggu perkembangan bayi.

Sekiranya mahu juga lakukan posisi front face carry ini, tempoh masa mengendong, seharusnya dipendekkan sekitar 10-15 minit sahaja.

Bagi bayi yang sudah tegap terutamanya bayi yang sudah boleh duduk dengan sendirinya (sekitar 6 bulan ke atas), terdapat pilihan posisi mengendong lebih selamat boleh dipraktikkan.

Ibubapa boleh mengendong bayi dengan posisi kendongan dibelakang badan (Posisi Back Carry) atau posisi kendongan di sisi badan (SideCarry).

Posisi ini lebih selamat bagi perkembangan tulang dan kesihatan bayi. Bayi masih dapat memandang ke hadapan sambil menikmati pandangan yang lebih luas.

Berbalik kepada Posisi Front Face Carry ini, mari kita Ketahui 9 sebab mengapa posisi mengendong Front Face Carry tidak digalakkan di infografik yang di sertakan di bawah.

Klik pada gambarajah untuk pembacaan. Silakan download dan kongsikan pada ibubapa lain atau yang bakal bergelar ibubapa, agar mereka mengetahui info penting ini.

Semoga sama² kita dapat manfaat dari perkongsian ini dan semoga lebih ramai ibubapa dapat menikmati aktiviti mengendong bayi dengan pilihan dan cara yang lebih selamat dan sihat.

Credit : Tugeda Carrier