Tuesday, March 26, 2019

Jenama Baby Carrier Yang Sesuai Untuk Bayi


Assalamualaikum wbt.

Harap semua mommies sihat hendaknya. Cuaca tak menentu sekarang. Panasnya lama hujan sekejap. Jaga kesihatan ye.

Hari ini nak berkongsi jenama baby carrier yang sesuai untuk bayi. Bayi seawal lahir boleh guna baby carrier SSC (soft structure carrier) JIKA berat bayi adalah 3.5kg ke atas.
Kebiasaannya, anak-anak Mak mula guna pada umur 1 bulan. Guna baby carrier masa pergi check up 1 bulan kat klinik.

Mak selesa dan memilih untuk gunakan jenama baby carrier dari Malaysia iaitu Snuggbaby dan Jumpsac. Beza antara dua jenama ini ialah jika diguna oleh bayi baru lahir, Snuggbaby gunakan cincher belt dan Jumpsac perlu guna edisi Flux. 
Pada Mak kedua-dua jenama ini ada pro dan kontra masing-masing.
Dari segi keseluruhan, Mak suka je guna kedua-dua jenama ni. 

Mak suka guna jenama Snuggbaby dan Jumpsac kerana :

1. Menyokong hasil tangan orang Malaysia 
(Ye. Jenama ini dihasilkan oleh orang Melayu kita. Custom made bukan kilang made. Kualiti tip top. Owner very friendly. If ada masalah apa-apa boleh je bagitahu diorang)

2. Harga mampu dimiliki 
(Memang bila tengok kat website tu kita rasa agak seram. Fikir long term ye. Beli satu boleh guna bertahun-tahun. Mak guna dari anak nombor 2 sampai nombor 4. Simpan baik-baik sampai cucu boleh guna. Ehh)

3. Saiz sangat sesuai untuk petite-mom
(Yeahhhh! Mak setinggi 154cm je. Jadi tak naklah baby carrier yang bulky atau body panel besar. Memang dua jenama ni selesa untuk Mak)

Boleh cuba tengok di website mereka jika berminat


Senarai jenama baby carrier yang bagus ada banyak sebenarnya. Ini cuma pendapat peribadi Mak. Ada yang sukakan jenama luar negara. Terpulang kepada citarasa dan poket masing-masing. Mak cuma ingin memudahkan mereka yang perlukan khidmat sewaan baby carrier ini. Kembang juga hati Mak bila carrier ini dah banyak kali sampai Tanah Suci Mekah. Moga ada juga pahala Mak dalam memudahkan urusan orang. Amin.

Koleksi gambar baby carrier in action.

Babywearing dad. Gitu. Ajdaa umur 2 bulan masa ni. Senang tau pergi beli barang guna baby carrier ni.
- jenama Snuggbaby saiz standard

Masa check up sebulan di klinik. Make sure cinch betul-betul pada body panel supaya kaki anak tak terkangkang sangat. Make sure jadi bentuk M (bontot lower than lutut).
- jenama Snuggbaby saiz standard

Dah kenape?Haha. Happy dapat keluar jalan weh. Ajdaa umur 3 bulan.
- Jumpsac Flux

Penyewa kita guna baby carrier sewa dari kita pergi Farm In The City. Baby 2 bulan masa ni.
- jenama Jumpsac Flux

~~~~~~~~~~~
Berminat untuk menggunakan servis sewa baby carrier sila klik link di bawah ini


Saturday, November 24, 2018

SSC sedang disewa

Alhamdulillah.

SSC Snuggbaby saiz toddler disewa untuk diguna semasa umrah.

SSC Jumpsac Flux untuk vacation.

Moga bermanfaat dan memudahkan jrjsan mommies.

Boleh pick up jika berdekatan Salak Tinggi, sepang dan Nilai.

Boleh pos ke seluruh Malaysia.

Monday, October 8, 2018

Upgrading My 1st SSC

Teruja!

SSC ni dah sampai di kedai SNUGGbaby

Kita nak upgrade dia supaya lagi mudah dan selesa mak ayah nak kendong baby.

Moga dipermudahkan urusan kita semua😘😘😘

Ini 1st SSC dalam koleksi. Sayang sangat kat dia❤️❤️❤️

#SSClover
#snuggbabylover
#sewababycarrier

Thursday, September 27, 2018

Kenapa Hipseat Tidak Digalakkan

Apa itu hipseat?

Baby carrier yang mempunyai tempat duduk dari foam semasa mendukung bayi.

Boleh rujuk infografik untuk lebih jelas.

Pengalaman saya sendiri, 2 kali di depan mata saya, bayi yang diletakkan di dalam hipseat ini hampir menggelongsor keluar dari tepi. Ini kerana, penggendong/pemakai/parents adalah seorang yang tinggi.
Hipseat ini tidak "snugg" badan bayi. Bayi tidak duduk dengan betul dalam baby carrier ini. Tidak melekap dengan betul.

Bagi bayi yang belum boleh duduk, ia seakan memaksa dan menekan tulang belakang bayi untuk duduk. (boleh rujuk infografik)

Sama-sama kita amalkan konsep "safe babywearing".

Salam mesra,

Aida

Friday, September 21, 2018

Cara Pemakaian Waist Pad Yang Betul

Assalamualaikum.

Pada Soft Structured Carrier ada bahagian untuk dipakai pada pinggang. Dipanggil sebagai "waist pad".

"Waist Pad" perlu dipakai dan diselaraskan dengan betul bagi pemakai merasa selesa semasa menggunakan SSC.

Rujuk pada infografik untuk gambaran lebih jelas cafa pemakaian "waist pad" yang betul.

Semoga bermanfaat.

Happy babywearing.
Vote for safe babywearing.

Salam bahagia,
Aida❤️

Tuesday, September 18, 2018

SSC Sedia Untuk Disewa

Assalamualaikum.

Ingin travel?
Ingin cuba SSC sebelum beli?

Boleh sewa dengan kami.
Tersedia saiz standard dan toddler daripada jenama tempatan (local maker).

Wassap www.wasap.my/60192159927/sewassc (aida) untuk info lanjut.

Pick-up area :
Salak Tinggi, Sepang, Nilai

Pengeposan ke seluruh Malaysia.

Page Sewa Baby Carrier
http://bit.ly/2xMoS4Q

Ig : sewababycarrier.salaktinggi

Monday, September 17, 2018

Tugeda Ideal Untuk Dijual

Assalamualaikum.

Saya ingin jual balik (preloved) ssc Tugeda Ideal Denimix.

Condition 9/10 (like new)

Harga asal rm330 (tidak termasuk pos)

Harga preloved rm250 (pos rm10 sem)

Sila whatssap 019-2159927 (aida) jika berminat.

Terima kasih.