Tuesday, March 26, 2019

Jenama Baby Carrier Yang Sesuai Untuk Bayi


Assalamualaikum wbt.

Harap semua mommies sihat hendaknya. Cuaca tak menentu sekarang. Panasnya lama hujan sekejap. Jaga kesihatan ye.

Hari ini nak berkongsi jenama baby carrier yang sesuai untuk bayi. Bayi seawal lahir boleh guna baby carrier SSC (soft structure carrier) JIKA berat bayi adalah 3.5kg ke atas.
Kebiasaannya, anak-anak Mak mula guna pada umur 1 bulan. Guna baby carrier masa pergi check up 1 bulan kat klinik.

Mak selesa dan memilih untuk gunakan jenama baby carrier dari Malaysia iaitu Snuggbaby dan Jumpsac. Beza antara dua jenama ini ialah jika diguna oleh bayi baru lahir, Snuggbaby gunakan cincher belt dan Jumpsac perlu guna edisi Flux. 
Pada Mak kedua-dua jenama ini ada pro dan kontra masing-masing.
Dari segi keseluruhan, Mak suka je guna kedua-dua jenama ni. 

Mak suka guna jenama Snuggbaby dan Jumpsac kerana :

1. Menyokong hasil tangan orang Malaysia 
(Ye. Jenama ini dihasilkan oleh orang Melayu kita. Custom made bukan kilang made. Kualiti tip top. Owner very friendly. If ada masalah apa-apa boleh je bagitahu diorang)

2. Harga mampu dimiliki 
(Memang bila tengok kat website tu kita rasa agak seram. Fikir long term ye. Beli satu boleh guna bertahun-tahun. Mak guna dari anak nombor 2 sampai nombor 4. Simpan baik-baik sampai cucu boleh guna. Ehh)

3. Saiz sangat sesuai untuk petite-mom
(Yeahhhh! Mak setinggi 154cm je. Jadi tak naklah baby carrier yang bulky atau body panel besar. Memang dua jenama ni selesa untuk Mak)

Boleh cuba tengok di website mereka jika berminat


Senarai jenama baby carrier yang bagus ada banyak sebenarnya. Ini cuma pendapat peribadi Mak. Ada yang sukakan jenama luar negara. Terpulang kepada citarasa dan poket masing-masing. Mak cuma ingin memudahkan mereka yang perlukan khidmat sewaan baby carrier ini. Kembang juga hati Mak bila carrier ini dah banyak kali sampai Tanah Suci Mekah. Moga ada juga pahala Mak dalam memudahkan urusan orang. Amin.

Koleksi gambar baby carrier in action.

Babywearing dad. Gitu. Ajdaa umur 2 bulan masa ni. Senang tau pergi beli barang guna baby carrier ni.
- jenama Snuggbaby saiz standard

Masa check up sebulan di klinik. Make sure cinch betul-betul pada body panel supaya kaki anak tak terkangkang sangat. Make sure jadi bentuk M (bontot lower than lutut).
- jenama Snuggbaby saiz standard

Dah kenape?Haha. Happy dapat keluar jalan weh. Ajdaa umur 3 bulan.
- Jumpsac Flux

Penyewa kita guna baby carrier sewa dari kita pergi Farm In The City. Baby 2 bulan masa ni.
- jenama Jumpsac Flux

~~~~~~~~~~~
Berminat untuk menggunakan servis sewa baby carrier sila klik link di bawah ini


No comments:

Post a Comment