Friday, August 11, 2017

Sewa SSC : Cara Pakai Chest Strap

Cara Pemakaian Chest Strap Yang Betul
---------------------------------------------------------------
Apa itu "chest strap"?
Tali penghubung pada bahagian lengan SSC.
Cara pemakaian "chest strap" yang betul ialah "shoulder pad" kelihatan seperti huruf H. Tidak terlalu ketat,tidak terlalu longgar, tidak terlalu dipakai ke atas berhampiran leher.
Kedudukan "chest strap" tidak sepatutnya terlalu ke atas hampir ke leher, membentuk seperti huruf A.
Keadaan ini akan membuatkan pemakai menampung berat anak secara tidak seimbang dan menyebabkan ssc tidak selesa dipakai.
Pemakaian "chest strap" juga tidak sepatutnya terlalu longgar. Perhatikan contoh pada gambar A. Apabila "chest strap" longgar, ssc pada bahagian bahu boleh bergerak-gerak dan ini membuatkan pemakai ssc tidak selesa.
Pemakaian "chest strap" terlalu ketat juga tidak digalakkan kerana akan menimbulkan rasa tidak selesa pada pemakai. Jadi, pemakai akan rasa cepat penat dan sakit belakang.
Kepentingan utama pemakaian SSC yang betul adalah bagi keselesaan emak/ayah dan anak. Selain itu, untuk menjaga postur badan supaya tidak lenguh/sakit daripada pemakaian SSC yang tidak betul.
Mari mulakan pemakaian SSC yang betul
#safebabywearing
*********************************************
Ingin travel?
Ingin cuba SSC sebelum beli?
Boleh sewa dengan kami.
Tersedia saiz standard dan toddler daripada jenama tempatan (local maker).
Wassap 018-9717087 (aida) untuk info lanjut.
Pick-up area :
Salak Tinggi, Sepang, Nilai, Kajang,
Pengeposan ke seluruh Malaysia.

No comments:

Post a Comment